Nuffnang Ads

Tuesday 19 January 2016


Kelong Ah Heng - Sungai Dinding, Manjung, Perak.




Assalamualaikum.

Kelong Ah Heng yang telah banyak kali kami lawati, Kelong ini terletak di Manjung, Perak, berdekatan dengan Jambatan Permaisuri Bainun. Saya mula belajar memancing sekitar umur 24 tahun. Bermulanya kegilaan memancing setelah berjaya mendaratkan siakap berskala 4.2kg disini. Terussssssss gian nak memancing. Apa-apa pun tempat ini memang berbaloi untuk dilawati dan rasai pengalaman memancing diatas kelong ini. Suasana awal pagi, dan sewaktu matahari terbenam amat mendamaikan.



Jika anda berniat untuk membawa famili bersama, tempat ini boleh dikatakan agak selesa kerana tokey kelong ini ada sediakan 2 atau 3 bilik untuk disewa diatas kelong ini. Kalau pergi dengan geng pancing kami tidur menggunakan canvas di atas lantai je. Ada yang tidur berbumbungkan bulan dan bintang. Kemudahan disini agak lengkap la, ada dapur dan air paip. So boleh buat acara makan-makan sambil pancing.



 Jika pergi kumpau sekali pun, masih berpuas hati kerana dapat merehatkan minda disini. Antara spesis-spesis yang menjadi buruan disini seperti siakap putih (memang top disini), jenahak/tetanda, kerapu (kadang-kadang saiz tak masuk akal ada kat sini) tebal pipi, gemang/sembilang, senangin, and jangan terkejut kalau anda popping ada juga monster gt yang sudi mengejar popper anda. (kisah benar). Memang banyak kenangan disini, dan yang bagusnya, tokey kelong akan snap gambar anda dua tiga keping sebelum anda pulang,sebagai kenangan yang akan di tampal di 'wall of fame' Kelong Ah Heng.






 Gambar-gambar trip sendiri dan yang telah dicedok dari Facebook Ah Heng Kelong.


 


 
 






No comments:

Post a Comment