Jighead Sendiri Bikin
Bagi penggemar soft plastic (sp) disini dikongsikan cara-cara membuat jighead yang jimat belanja.
Barang Keperluan :
1. Hook seperti dalam gambar. (saya gunakan jenama Mustad Pro Select Mega Bite-Tahan karat)
2. Paper clip
3. Batu ladung hidup saiz kecik-kecik je ikut kesesuaian.
4. Used braided. (kalau ade braided lame-lame tu jangan la buang, ade gunanya)
5. Gam gajah / gam 3 saat.
Langkah-langkah bikin jighead :
1. Potong paper clip dan buat gelung seperti dalam gambar. boleh buna paku dan kepitkan serapat mungkin dengan paku. Tujuan die supaya batu ladung tak terlepas dari besi paperclip.
2. Masukkan paperclip dalam lubang batu ladung, pastikan batu ladung tak mudah lucut
.
3. Bengkokkan sikit besi paperclip tu. tujuan die untuk senang nak placing besi paperclip tu kat mate kail nnti.
4. Guna braided atau tali sulam tadi dan ikat pada mata kail. pastikan kedudukan mata kail dan batu ladung selari. kalau tak nnti soft plastic anda berenang senget pulak nnti. tak cantek pulak action die nnti. Kalau semua dah ok, potong lebihan tali tersebut
5. Ambil gam gajah / gam 3 saat dan sapukan pada braided secukup rase. tujuan die nak bagi posisi batu ladung tu lagi kuat. Biar sampai kering
6. Settle keje jighead sendiri bikin.
Kemudian bolehlah anda try sp anda. Ada dua cara nak pasang sp anda pada hook, saya selalu gunakan yg cenggini. potensi nak sangkut pun kurang. Kekurangan die pulak nak kene selalu adjust sp bagi lurus. Kalau bengkok badan sp ni, kompem renangan tak cantek, dan akan bepusing-pusing dalam air.
Kalau yang mcm ni pulak, kelebihan die tak payah selalu adjust sp tu, sebab die akan stay lurus. tapi potensi nak sangkut tu agak tinggi la sbb jikan anda gunakan hook mustad ni, hook die terlalu tajam hingga senang nak sangkut kat ranting2 or kayu. tapi gerenti puas ati sbb tak perlu selalu adjust sp.
Hasil -hasilnya :
Alhamdulillah. Syukur.
No comments:
Post a Comment