Nuffnang Ads

Tuesday, 19 January 2016


Kelong Ah Heng - Sungai Dinding, Manjung, Perak.




Assalamualaikum.

Kelong Ah Heng yang telah banyak kali kami lawati, Kelong ini terletak di Manjung, Perak, berdekatan dengan Jambatan Permaisuri Bainun. Saya mula belajar memancing sekitar umur 24 tahun. Bermulanya kegilaan memancing setelah berjaya mendaratkan siakap berskala 4.2kg disini. Terussssssss gian nak memancing. Apa-apa pun tempat ini memang berbaloi untuk dilawati dan rasai pengalaman memancing diatas kelong ini. Suasana awal pagi, dan sewaktu matahari terbenam amat mendamaikan.



Jika anda berniat untuk membawa famili bersama, tempat ini boleh dikatakan agak selesa kerana tokey kelong ini ada sediakan 2 atau 3 bilik untuk disewa diatas kelong ini. Kalau pergi dengan geng pancing kami tidur menggunakan canvas di atas lantai je. Ada yang tidur berbumbungkan bulan dan bintang. Kemudahan disini agak lengkap la, ada dapur dan air paip. So boleh buat acara makan-makan sambil pancing.



 Jika pergi kumpau sekali pun, masih berpuas hati kerana dapat merehatkan minda disini. Antara spesis-spesis yang menjadi buruan disini seperti siakap putih (memang top disini), jenahak/tetanda, kerapu (kadang-kadang saiz tak masuk akal ada kat sini) tebal pipi, gemang/sembilang, senangin, and jangan terkejut kalau anda popping ada juga monster gt yang sudi mengejar popper anda. (kisah benar). Memang banyak kenangan disini, dan yang bagusnya, tokey kelong akan snap gambar anda dua tiga keping sebelum anda pulang,sebagai kenangan yang akan di tampal di 'wall of fame' Kelong Ah Heng.






 Gambar-gambar trip sendiri dan yang telah dicedok dari Facebook Ah Heng Kelong.


 


 
 






Monday, 18 January 2016

Jighead Sendiri Bikin


Jighead Sendiri Bikin


Bagi penggemar soft plastic (sp) disini dikongsikan cara-cara membuat jighead yang jimat belanja.


Barang Keperluan :
1. Hook seperti dalam gambar. (saya gunakan jenama Mustad Pro Select Mega Bite-Tahan karat)
2. Paper clip
3. Batu ladung hidup saiz kecik-kecik je ikut kesesuaian.
4. Used braided. (kalau ade braided lame-lame tu jangan la buang, ade gunanya)
5. Gam gajah / gam 3 saat.

Langkah-langkah bikin jighead :

1. Potong paper clip dan buat gelung seperti dalam gambar. boleh buna paku dan kepitkan serapat mungkin dengan paku. Tujuan die supaya batu ladung tak terlepas dari besi paperclip.



2. Masukkan paperclip dalam lubang batu ladung, pastikan batu ladung tak mudah lucut


.
 3. Bengkokkan sikit besi paperclip tu. tujuan die untuk senang nak placing besi paperclip tu kat mate kail nnti.



4. Guna braided atau tali sulam tadi dan ikat pada mata kail. pastikan kedudukan mata kail dan batu ladung selari. kalau tak nnti soft plastic anda berenang senget pulak nnti. tak cantek pulak action die nnti. Kalau semua dah ok, potong lebihan tali tersebut



5. Ambil gam gajah / gam 3 saat dan sapukan pada braided secukup rase. tujuan die nak bagi posisi batu ladung tu lagi kuat. Biar sampai kering


6. Settle keje jighead sendiri bikin. 

Kemudian bolehlah anda try sp anda. Ada dua cara nak pasang sp  anda pada hook, saya selalu gunakan yg cenggini. potensi nak sangkut pun kurang. Kekurangan die pulak nak kene selalu adjust sp bagi lurus. Kalau bengkok badan sp ni, kompem renangan tak cantek, dan akan bepusing-pusing dalam air.



Kalau yang mcm ni pulak, kelebihan die tak payah selalu adjust sp tu, sebab die akan stay lurus. tapi potensi nak sangkut tu agak tinggi la sbb jikan anda gunakan hook mustad ni, hook die terlalu tajam hingga senang nak sangkut kat ranting2 or kayu. tapi gerenti puas ati sbb tak perlu selalu adjust sp.


Hasil -hasilnya :




Alhamdulillah. Syukur.




Tips mengikat FG Knot


Tips mengikat FG Knot.


Ikatan FG Knot sesuai untuk penggemar sukan pancing secara casting atau menggewang. Ikatan ini terbukti kuat dan amat sesuai walaupun mengambil masa untuk mengikat ikatan ini. Pengalaman  mengikat ikatan ini terbukti berkesan menaikkan monster-monster sungai dan laut. Dan secara praktikalnya setelah anda mahir dengan ikatan ini, anda malas nak guna swivel atau dengan dikenali dengan clip atau cili. Ramai pemancing yang tidak tahu dengan kegunaan FG Knot. Saya sarankan anda mencuba ikatan ini, dan alami perbezaan cara pemancingan anda. Pengalaman tidak akan mengecewakan anda. 

Saya sertakan tips cara mengikat FG Knot yang telah dipinjam dari website luar. Selamat mencuba.




Tutorial Video


Kredit : http://www.netknots.com