Kelong Ah Heng - Sungai Dinding, Manjung, Perak.
Assalamualaikum.
Kelong Ah Heng yang telah banyak kali kami lawati, Kelong ini terletak di Manjung, Perak, berdekatan dengan Jambatan Permaisuri Bainun. Saya mula belajar memancing sekitar umur 24 tahun. Bermulanya kegilaan memancing setelah berjaya mendaratkan siakap berskala 4.2kg disini. Terussssssss gian nak memancing. Apa-apa pun tempat ini memang berbaloi untuk dilawati dan rasai pengalaman memancing diatas kelong ini. Suasana awal pagi, dan sewaktu matahari terbenam amat mendamaikan.
Jika anda berniat untuk membawa famili bersama, tempat ini boleh dikatakan agak selesa kerana tokey kelong ini ada sediakan 2 atau 3 bilik untuk disewa diatas kelong ini. Kalau pergi dengan geng pancing kami tidur menggunakan canvas di atas lantai je. Ada yang tidur berbumbungkan bulan dan bintang. Kemudahan disini agak lengkap la, ada dapur dan air paip. So boleh buat acara makan-makan sambil pancing.
Jika pergi kumpau sekali pun, masih berpuas hati kerana dapat merehatkan minda disini. Antara spesis-spesis yang menjadi buruan disini seperti siakap putih (memang top disini), jenahak/tetanda, kerapu (kadang-kadang saiz tak masuk akal ada kat sini) tebal pipi, gemang/sembilang, senangin, and jangan terkejut kalau anda popping ada juga monster gt yang sudi mengejar popper anda. (kisah benar). Memang banyak kenangan disini, dan yang bagusnya, tokey kelong akan snap gambar anda dua tiga keping sebelum anda pulang,sebagai kenangan yang akan di tampal di 'wall of fame' Kelong Ah Heng.
Gambar-gambar trip sendiri dan yang telah dicedok dari Facebook Ah Heng Kelong.











salam
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeletepada sesiapa yang ada kencing manis yang bacaan gula 10 atau belas2 atau 20 ke atas atau bacaan gula yang terlalu tinggi sampai mata menjadi rabun atau kaki luka
dah tak tahu macam mana nak normal kan gula balik walau dah makan macam2 jenis herba atau dah cuba buat macam2 jenis petua tetapi gula masih lagi tinggi
jomm kita turun kan gula dengan cara yang selamat dan berkesan
teh herba yang di hasilkan dari pokok2 herba yang menurunkan gula dengan cepat
saya gunakan pokok2 herba yang terbaik dengan rasa tawar tetapi sangat mujarab turunkan gula dan tidak berangin atau sakit urat bila di minum
kita rawat cara selamat tanpa bahan kimia yang berbahaya dalam masa yang sama menjaga buah pinggang dan hati
jika kaki luka berair kita kering kan luka biar kaki sampai sembuh semula
jangan lambat nanti kaki tu dah kena potong lagi susah nak bergerak dan
jika kaki sakit saraf berpunca dari kencing manis pun kita rawat kan balik sampai elok semula Insya Allah
harga seratus lebih ja untuk sebulan jangan tunggu lama2 kita rawat cepat2 kan untuk elak kan dari penyakit menjadi semakin teruk
call atau whasap sy Mohd Zuhairi Bin Noordin
017 468 7570